Kemalangan

Kemalangan babitkan konvoi kereta mewah, pemandu wanita ditahan

PETALING JAYA: Polis menahan pemandu wanita yang terlibat dalam perlanggaran dengan konvoi kereta mewah pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kulai, Tok Beng Yeow berkata, wanita berusia 28 tahun itu menyerah diri kira-kira jam 1 pagi tadi dan direman sehingga Rabu.

Semalam, Tok berkata polis sedang menyiasat video tular menunjukkan konvoi kereta mewah berhenti di Km 34 Lebuhraya Utara-Selatan dan menghalang lalu lintas di susur keluar Sedenak arah selatan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pacuan empat roda Ford Ranger cuba memotong konvoi itu secara berbahaya, sebelum melanggar salah sebuah kereta ketika memasuki lorong kiri.

“Akibatnya, konvoi itu berhenti di tengah-tengah lebuh raya kerana rasa tidak puas hati dan salah faham antara pemandu,” katanya.

(Visited 382 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button