Nasional

Kemalangan 3 kenderaan, 6 maut

ENAM maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tungku berhampiran Kampung Membatu, Sabah, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Kamarulzaman Malik Abdullah ketika dihubungi BERNAMA berkata, kejadian itu berlaku pada 8.30 pagi membabitkan sebuah treler, kenderaan jenis Isuzu Dmax dan sebuah Proton Saga.

Menurutnya, dalam kejadian itu treler berkenaan terjunam sedalam 18 meter manakala dua buah lagi kenderaan remuk.

“Mangsa (yang meninggal dunia) adalah pemandu treler, pasangan suami isteri dalam kenderaan Isuzu Dmaz serta tiga individu dalam Proton Saga, (mereka) tersepit dalam kenderaan,” katanya.

Kamarulzaman berkata kesemua enam mangsa kemudian disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk menerima rawatan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button