fbpx
Nasional

Tarik balik sekatan jalan raya kecuali lorong tikus

SEMUA sekatan jalan raya ditarik balik kecuali kawasan lorong tikus.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lorong-lorong tikus tetap diadakan sekatan jalan raya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

pulang
Ismail Sabri

“Bermula hari ini, tiada lagi sekatan jalan raya… bagaimanapun Op Benteng tetap akan diteruskan bagi memastikan cubaan menceroboh masuk oleh PATI ke negara ini dapat dipatahkan,” katanya pada sidang akhbar harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Ismail Sabri berkata, meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudah berakhir, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus membantu PDRM dalam membuat pemantauan sepanjang tempoh PKPP dilaksanakan.

“ATM akan terus membantu PDRM ketika ini kerana mereka turut terlibat dalam pasukan petugas operasi pematuhan.


“Fokus tugasan mereka sekarang kepada pematuhan SOP seperti di pasar awam dan pasar malam,” ujarnya.

PKPB yang berakhir semalam menyaksikan PDRM menahan 26 individu selain mengeluarkan 57 kompaun atas pelbagai kesalahan kerana ingkar PKPB. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button