Belang Bertempat

Kelebihan bahasa Suluk, kempen `catchy’ Shafie Apdal `tenggelamkan’ Abah

BUKAN Belang nak angkat ketua menteri caretaker Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, tapi ini hakikatnya – sukar sekali untuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merampas kuasa daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).

Sehingga masuk kempen hari ke-10 ini, jentera komunikasi Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN), dua parti utama yang membentuk GRS berserta Parti Bersatu Sabah (PBS) masih tercari-cari rentak mereka.

Berlawan dengan troll catchy dan menusuk kalbu daripada team kempen Mohd. Shafie bukan mudah.

Ada satu video yang ditularkan memaparkan anak-anak kecil `memperbetulkan’ kepada khalayak bahawa `abah’ (Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin) mereka bukanlah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Abah yang sebenar adalah abah, ayah atau bapa kandung mereka dengan paparan video sayu anak-anak kecil itu mendakap bapa kandung masing-masing di sebelah mereka.

Belang turut membaca laporan yang Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengatakan kebanyakan presiden parti yang berada dalam GRS telah bersetuju untuk memastikan hanya calon tunggal membawa cabaran gabungan itu dalam pilihan raya negeri Sabah ini di 17 kawasan DUN yang menyaksikan pertembungan sesama sendiri.

Eh! apa strategi mengarut ini lah. Bagi Belang masa sudah suntuk, terlalu singkat untuk menjelaskan kepada pengundi terutama penyokong masing-masing bahawa calon mereka telah mengundur diri. Maka sokonglah hanya si polan, si polan ini.

Belang senaraikan di bawah 17 kerusu berkenaan. Baca dan teliti satu persatu pun sudah takut. Macam mana GRS boleh salah percaturan ini. Ha, tengok:

1. N02 Bengkoka (UMNO lawan PBS)
2. N05 Matunggong (PBRS lawan PBS)
3. N07 Tandek (PBRS lawan PBS)
4. N11 Kadamaian (PBRS lawan PBS)
5. N22 Tanjung Aru (UMNO lawan PBS)
6. N25 Kapayan (MCA lawan PBS)
7. N26 Moyog (STAR lawan PBS)
8. N34 Lumadan (UMNO lawan PBS).
9. N38 Paginatan (UMNO lawan STAR lawan PBS)
10. N39 Tambunan (STAR lawan PBS)
11. N40 Bingkor (STAR lawan PBS)
12. N41 Liawan (STAR lawan PBS)
13. N42 Melalap (UMNO lawan PBS)
14. N44 Tulid (STAR lawn PBRS lawan PBS)
15. N45 Sook (STAR lawan PBRS)
16. N47 Telupid (UMNO lawan PBS)
17. N54 Karamunting (MCA lawan PBS).

Ha, sudah habis teliti. Macam mana?

Apa pun, Belang percaya persaingan cukup sengit untuk menentukan parti mana mampu membentuk kerajaan pada malam Sabtu 26 September ini.

Pagi ini, telefon bimbit Samsung Belang didatangi satu video Mohd. Shafie berucap dalam bahasa Suluk. Penghantarnya menterjemahkan maksud sedutan ucapan yang disampaikan dalam bahasa Melayu kita:

1) orang kita bermaksud “Bajau Suluk ”
2) Kalau Warisan menang lebih dari 45 kerusi , Shafie kata dia boleh mengatur lebih banyak jawatan tinggi untuk “orang sendiri”.
3) Dia boleh melalui bantuan Ketua Polis Sabah untuk membantu Pendatang Tanpa Izin (PTI) sebaik mungkin.
4) Lim Guan Eng dan Anwar ( DAP & PKR ) tidak boleh naik kepala dia kerana Sabah dikuasai oleh dia .
Ini bermaksud sekiranya Warisan menang lagi PSS dan Polisi mesra PTI akan diteruskan oleh kerajaan Warisan.

Jadi, boleh fikir-fikirkanlah sendiri.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button