Ekonomi
Kelantan & Terengganu kurang bekalan gula, KPDN laksanakan OPS Manis
KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil langkah drastik dengan melaksanakan OPS Manis susulan isu kekurangan bekalan gula di negeri Kelantan dan Terengganu.
Ujar Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Dato’ Azman Adam, OPS Manis dilancarkan bermula 3 Mei 2023 sehingga 9 Mei 2023 (tempoh selama 7 hari) bertujuan memulihkan gangguan bekalan gula di setiap lapisan rantaian pembekalan.
“KPDN juga memastikan tidak berlaku ‘panic buying’ serta memastikan pematuhan undang-undang dipraktik oleh setiap peniaga.
“KPDN juga membuat pemantauan ke atas keberadaan inventori stok penimbal gula (stockpile) di kilang atau gudang penyimpanan serta memastikan tiada isu penyeludupan gula ke negara jiran,” kata kenyataan itu.