Bola SepakSukan

Kelab Thai intai pemain JDT, Diogo

PASUKAN Liga Satu Thailand, BG Pathum United FC dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Diogo Luis Santo.

Menurut beberapa laporan media sosial di Thailand, pendahulu Liga Satu Thailand itu sedia menawarkan gaji lumayan kepada pemain berusia 33 tahun dari Brazil itu yang telah mempamerkan prestasi cemerlang semasa mewakili satu lagi kelab dari Thailand, Buriram United sebelum menyertai JDT.

Sementara itu, jurucakap JDT ketika dihubungi Bernama berkata: “Saya tidak dapat memberikan sebarang komen mengenai perkara ini kerana pihak pengurusan akan membuat keputusan mengenai masa depan Diogo.

“Sebarang pertukaran pemain akan dimaklumkan melalui laman media sosial kami,” tambahnya.

Sepanjang empat tahun bersama Buriram United dari 2015-2018, Diogo membantu kelab itu merangkul empat trofi pada 2015 iaitu muncul juara Liga Satu Thailand, Piala FA Thailand, Piala Juara-juara Thailand dan Kejuaraan Kelab Mekong.

Pada tahun berikutnya, beliau membantu pasukan itu mengekalkan juara Liga Satu Thailand, Piala Juara-juara Thailand dan Kejuaraan Kelab Mekong.

Tiga pemain Malaysia kini turut beraksi dalam Liga Satu Thailand – Norshahrul Idlan Talaha (BG Pathum United FC) serta Dominic Tan Jun Jin dan Mohamadou Sumareh (Police Tero FC). – BERNAMA

(Visited 523 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button