fbpx
Rencana

Kekuatan tentera di Asia: Malaysia ke-17

RUSIA memiliki tentera kedua terkuat di dunia di belakang Amerika Syarikat (AS) dan pertama di Asia.

Diikuti dengan China yang menduduki tangga ketiga terkuat di dunia.

Selain itu, negara lain yang menduduki dalam senarai lima teratas ialah India, Jepun dan Korea Selatan apabila masing-masing menduduki tangga ke tiga, empat dan lima.

Bagaimanapun, Malaysia sedikit terkebelakang dalam indeks yang dikeluarkan Global Fire Power itu apabila menduduki tempat ke-17 di Asia dan 44 di Dunia.

Berbanding negara jiran seperti Indonesia serta Thailand, apabila masing-masing menduduki tangga ke sembilan dan 13.


[BACA ARTIKEL] PALAPES dan Askar Wataniah pupuk semangat patriotik – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL]  21 maut, anggota tentera Thai mengamuk di kem dan lepaskan tembakan rambang di pusat beli-belah — Suara Merdeka

Berdasarkan laporan itu, Malaysia memiliki 410,000 anggota tentera iaitu 1.3 peratus daripada populasi penduduk.

Jika dibandingkan negara teratas, Rusia memiliki tiga juta anggota iaitu 2.1 peratus daripada populasi rakyatnya yang seramai 142,122,776 orang.

Sementara China pula, seramai 2.693 juta rakyatnya menjadi anggota tentera. Bagaimanapun, jumlah itu cuma 0.2 peratus sahaja daripada populasinya yang mencecah 1.385 bilion.

India pula memiliki 3.5 juta anggota tentera iaitu 0.3 peratus daripada penduduknya seramai 1.297 bilion orang.

Singapura di belakang

Melihat laporan negara jiran pula, Indonesia dan Thailand masing-masing mempunyai kekuatan ketenteraan seramai 800,000 (0.3 peratus) dan 560,850 orang (0.8 peratus).

Bagaimanapun, negara jiran yang terkenal dengan kepesatan ekonominya tertinggal agak jauh ke belakang iaitu tempat ke-22.

Singapura dilaporkan cuma memiliki 385,000 tentera iaitu 6.4 peratus daripada penduduknya yang berjumlah seramai 5.996 juta orang.

Berdasarkan laporan ketenteraan di atas, dapat disimpulkan jumlah anggota tentera yang dimiliki oleh sesebuah negara adalah bergantung kepada populasi penduduknya.

Negara miliki penduduk yang ramai mempunyai nisbah peratusan rendah berbanding negara kecil.

[BACA ARTIKEL] Roti John: Kenapa Mat Sabu yang panas? — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Muez, Hasnol Zam Zam dilantik KSU Kementerian Pertahanan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri — Suara Merdeka

Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku peperangan, jumlah anggota tentera tidak menjamin kemenangan.

Semua itu bergantung kepada strategi pemerintah tentera tertinggi dan kebijaksanaan dalam mengatur peperangan seperti yang dinyatakan Sun Tzu dalam buku Art of War. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button