Nasional

Kekal pemakaian pelitup muka

Walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan pemakaian pelitup muka dalam bangunan, kawasan dan ruang tertutup dijadikan sebagai pilihan berkuat kuasa serta-merta.

Namun tinjauan di beberapa pejabat kerajaan di negeri ini seperti Menara Persekutuan, Wisma Negeri, pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC) mendapati orang ramai masih terus memakai pelitup muka berurusan di situ.

Pengarah Perkeso negeri, Abd. Razak Omar berkata, pihaknya masih mengalakkan orang ramai yang berurusan di kaunter terus memakai pelitup muka.

Menurutnya, walaupun Perkeso sudah memberi kelonggaran pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan bila berada di pejabat itu namun bagi orang ramai diminta untuk memakainya ketika berurusan hanya dikaunter sahaja.

Abd. Razak Omar meninjau kaunter Perkeso ketika orang ramai berurusan masih terus kekal memakai pelitup muka.

“Kita mematuhi apa sahaja saranan daripada KKM namun sebagai pilihan, Perkeso sangat mengalakkan pelanggan terus memakai pelitup muka sewaktu berurusan di kaunter jika tidak memakainya kita akan bagi pelitup muka secara percuma,” ujarnya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri KKM, Khairy Jamaluddin bahawa rakyat Malaysia tidak lagi wajib memakai pelitup muka dalam bangunan berkuat kuasa serta merta.

Menurutnya, ketetapan baharu itu bagaimanapun bergantung kepada budi bicara pemilik premis sama ada mahu menentukan pengunjung perlu memakainya atau sebaliknya.

Sementara itu Pengurus Besar MIBC, Mohd. Fasarul Md. Isa berkata, pihaknya telah menetapkan hanya mereka yang bermain boling diberi kelonggaran untuk tidak memakai pelitup muka.

“Bagaimanapun, orang ramai yang datang ke MIBC tetapi tidak bermain boling mereka diminta untuk memakai pelitup muka,” ujarnya.

Sementara itu Wisma Negeri di Ayer Keroh masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu mengekalkan orang ramai yang berurusan di situ diwajibkan memakai pelitup muka apabila berurusan di kaunter.

Menurut seorang kakitangannya, keputusan mengenai perkara tersebut akan dibuat pada Isnin ini.

Sementara itu tinjauan di Wisma negeri mendapati orang ramai yang memasuki kawasan dan berurusan dikaunter masih memakai pelitup muka. – SM

(Visited 233 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button