Sukan

Kedah umum skuad 2021

KELAB Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) telah mengumumkan barisan pamian yang akan beraksi dalam skuad Hijau Kuning untuk musim depan.

Antara nama yang ada dalam pasukan ini ialah Mohd Syazwan Zainon, Syazwan Tajudin, Fairuz Zakaria, Rozaimi Abdul Rahman, Rodney Celvin, Ilham Amirullah dan Mohd Ariff Farhan Md Isa.

Antara pemain lain yang dikekalkan ialah Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali, Shahril Sa’ari, Faizat Ghazli, Zulkhairi Zulkepli, Azammuddin Akil, Kipre Tchetche dan Kpah Sherman.

Susulan daripada pengumuman itu skuad Hijau Kuning turut turut memulakan latihan pra-musim 2021 di bawah kendalian penolong jurulatih Victor Andrag di padang latihan MADA, Alor Setar.

Memetik lapiran BH Online, Andrag berkata, walaupun menjalani latihan hari pertama dengan hanya pemain tempatan semalam, keseluruhan pemain yang hadir mempamerkan semangat yang tinggi.

“Jelas kelihatan selepas kita berehat selama sebulan, pemain-pemain cukup bersemangat untuk berlatih walaupun ketiadaan pemain import ketika ini dan belum penuh sebagai satu pasukan.

“Pemain tempatan kelihatan bersungguh-sungguh dalam sesi latihan pertama hari ini (semalam) walaupun kita tahu tahap kecergasan masing-masing belum sepenuhnya.

“Saya harap pemain baharu Kedah dapat menyesuaikan diri secepat mungkin bagi mendapat rentak yang diperlukan dalam mengekalkan momentum kejayaan Kedah seterusnya.

“Walaupun ada perubahan daripada sebuah persatuan kepada kelab, kaedah pasukan dalam padang sentiasa sama, kita akan cuba lalukan usaha yang terbaik seperti sebelum ini dan berharap kejayaan boleh dicapai pada musim depan,” katanya.

Berdasarkan laman rasmi KDA FC, pengendali Aidil Sharin Sahak kekal membimbing skuad Hijau Kuning untuk musim depan dan disertai beberapa pemain yang dikekalkan.

Sementara itu difahamkan nama pemain-pemain import lain pula dijangka akan diumumkan kemudian.

(Visited 994 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button