NasionalNegeri

Karnival Jelajah Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis meriah

KARNIVAL Jelajah Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Encomas Sdn Bhd dan Caffe Diem berlangsung dengan berjaya dan meriah di Dataran Semarak Projek Transformasi Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis, semalam.

Program sehari suntuk ini dipenuhi dengan pelbagai acara termasuk nyanyian santai Kaixin, pertandingan tarik tali di Taman Puteri Khatreena, Kumpulan Marhain Busking, pertandingan muboi pukat di pelantar Seberang Alor, Kamarul dan Shin Busking, Chot Geliga Busking, pertansingan gelung rotan di Kampung Hujung Tanjung, Busking Streetsax, pertandingan pakaian beragam di Anjung DiRaja, Pekola Busking dan diakhiri dengan pertandingan karaoke serta Jem Session Busking.

Kemuncak festival ini di atas keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail pada pukul 6.15 petang, semalam.

Baginda berdua berkenan menyaksikan persembahan alat muzik tradisional, tarian canggung, silat dan Busking Groups diiringi oleh Pengarah Urusan Encomas Sdn Bhd dan Caffe Diem, Datuk Rick Cheng Wooi Seong. – SM

(Visited 700 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button