Nasional

Kapal terbang Twin Otter Maswing tergelincir

SEBUAH kapal terbang Twin Otter (DHC06) milik Maswing yang membawa 14 penumpang dan dua krew, tergelincir daripada landasan Lapangan Terbang Miri, ketika sedang mendarat pada jam 4.20 petang tadi.

Maswing dalam satu kenyataan ringkas malam ini menyatakan MH3517 itu dalam penerbangan dari Lawas ke Miri tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

“Kesemua 14 penumpang dan dua krew di dalam kapal terbang tersebut berjaya keluar dengan selamat,” menurut kenyataan tersebut dan menambah, satu penyiasatan mengenai kejadian tersebut akan dilakukan.

Maswing turut menyatakan yang mereka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa terbabit dalam membantu siasatan.

Untuk rekod, Maswings menyediakan perkhidmatan penerbangan luar bandar di Sarawak yang merupakan pengangkutan yang digunakan di kawasan utara Sarawak (Miri dan Limbang) kerana bentuk muka buminya yang kebanyakan terdiri daripada tanah tinggi dan ketiadaan jalan bertar di kawasan terbabit. – BERNAMA

(Visited 689 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button