Bola SepakSukan

KAL Services, Red Antlers Bentuk Usaha Sama

KAL Services Sdn Bhd bersama Red Antlers Sdn Bhd telah memeterai perjanjian untuk membentuk satu syarikat tujuan khas (SPV) yang dikenali Kerteh Sports City Sdn Bhd bagi tujuan membangunkan dan mengurus kemudahan prasarana sukan di Kerteh.

Syarikat usaha sama ini ditubuhkan setelah perbincangan selama hampir 18 bulan bagi menerokai peluang komersil dan perniagaan secara bersama di Kerteh.

Usaha sama ini merupakan kesinambungan daripada kerjasama sebelum ini iaitu antara Kerteh FC dan Balrz.tv – satu syarikat penerbitan milik Red Antlers.

“Kerjasama ini dipertingkatkan lagi melalui penggabungan dua syarikat induk, dimana keutamaan adalah bagi bersama-sama memajukan kemudahan dan prasarana serta aktiviti-aktiviti sukan di Kerteh.”

“Malah, ia juga dijangka mampu membantu menaikkan imej bandar Kerteh menjadi salah satu pusat pelancongan sukan yang sebelum ini bandar Kerteh lebih dikenali sebagai bandar Minyak & Gas.“ kata Pengerusi KAL Services Sdn Bhd, Mohd Razeman Mat Nashim.


Red Antlers pula sangat optimis kerjasama ini mampu memberi impak yang positif kepada pembudayaan sukan sebagai satu aktiviti sihat terutama kepada komuniti di sekitar Kerteh.

“Dengan pengalaman yang kami ada dalam pembangunan, pembinaan dan sukan, kami yakin projek ini mampu dijayakan dan seterusnya mampu merangsang pembangunan ekonomi setempat.” kata Pengarah Red Antlers, Ahmad Suffian Mamat.

Selaras dengan matlamat kerajaan Terengganu yang menggalakkan program pelancongan dalam negeri, usaha ini dilihat mampu membantu mempromosi dan menarik kehadiran pelancong ke negeri Terengganu.

(Visited 200 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button