Nasional

Kadar R-naught Perlis meningkat

Kadar kebolehjangkitan atau R-naught kembali mencatatkan penurunan kepada 1.06 berbanding 1.07 hari sebelumnya.

10 negeri dan wilayah mencatatkan kadar R-naught melebihi purata kebangsaan.

Perlis catat kadar tertinggi dengan 1.40 diikuti dengan Kelantan, Sabah, Pulau Pinang, Perak dan Johor.

Turut merekodkan kadar kebolehjangkitan tinggi adalah Terengganu, Sarawak, Kedah, Pahang dan Negeri Sembilan.

Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya catat R-naught antara 1.05 ke 0.97, sementara Labuan catat tiga kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

(Visited 217 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button