KebakaranNasionalpilihan

Api marak bakar kilang kitar semula

SEBUAH premis dipercayai kilang plastik dijilat api dalam satu kejadian kebakaran dekat Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman di Pelabuhan Utara, di sini, hari ini.

Tragedi terbabit diketahui menerusi beberapa buah video tular dalam media sosial dirakam seorang pengguna di Lebuhraya Shapadu di sini.

Menerusi hantaran yang dibuat pengguna, pihak berkuasa seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan polis sudah berada di tempat kejadian.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.22 malam tadi.

Susulan laporan yang diterima, pasukan penyelamat dari Balai Bomba Pelabuhan Klang, Kota Raja, Sungai Pinang, Petaling Jaya, Subang, Kota Anggerik, Andalas, Serdang, Sungai Buloh, Seputih dan Shah Alam dikejarkan ke tempat kejadian.

Kira-kira 60 pegawai dan anggota bersama 11 jentera bomba tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian bagi mengawal kebakaran yang memusnahkan sebuah kilang berkeluasan 180,000 kaki persegi serta sebuah bangunan setingkat

Api berjaya dikawal pada pukul 10.51 malam, bagaimanapun tiada kecederaan dan kematian dilaporkan. Punca kebakaran masih disiasat. – SM

(Visited 274 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button