Ekonomi

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

KADAR jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM30.27 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.98 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan tiga tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM2.2 bilion untuk tujuh hari, tender bernilai RM1.5 bilion untuk 30 hari dan tender bernilai RM1 bilion untuk 91 hari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM35.0 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM23.0 bilion. – Bernama

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button