Hiburan

Jumpa penghantar makanan kusut masai, Nora Danish minta semua jaga diri

WABAK Covid-19 menyaksikan ramai yang kehilangan pekerjaan dek kerana pengecilan operasi syarikat untuk meminimakan kos.

Bagi meneruskan kehidupan, ramai yang mula bekerja sebagai penghantar makanan sebagai satu daripada cari mendapatkan wang.

Namun, bekerja sebagai seorang penghantar makanan dan perlu berada di luar seharian dengan menunggang motosikal bukanlah sesuatu yang mudah.

Terharu dengan kerja keras penghantar makanan, pelakon, Nora Danish merakamkan penghargaan terhadap usaha mereka.

Malah, Nora turut meminta semua penghantar makanan supaya melakukan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebagai pelindung keselamatan mereka.


“Kepada semua penghantar makanan yang gigih bekerja terutama pada waktu PKP ini untuk sara kehidupan, jangan lupa buat caruman.

“Kami semua sayang anda dan anda juga harus sayangi keluarga,” katanya.

Nora turut berkongsi pengalamannya bertemu dengan seorang penghantar makanan bar-baru ini.

“Semalam saya turun ambil makanan sendiri. Tengok penghantar makanan dah kusut masai dan lunyai.

“Mereka (penghantar) sibuk sana sini menghantar makanan dan barangan untuk keperlukan kita semua.

“Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua (penghantar). Terus kuat dan jaga diri ya. Keselamatan harus diutamakan,” katanya.

Nora turut berkongsi satu video khidmat pesanan masyarakat (PSA) Perkeso yang dibintangi rakannya, Beto Kusyairi. -SM

(Visited 119 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button