Nasionalpilihan

Jumpa najis tikus empat kilang diarah tutup sementara

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) mengarahkan empat kilang memproses makanan ditutup sementara selepas menemui najis tikus dalam Operasi Bersepadu di Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah.

Pengarahnya, Datuk Dr. Rusdi Abd. Rahman berkata, empat premis yang diberikan notis penutupan sementara di kawasan Bukit Rambai, Serkam, Umbai dan Batu Berendam menerusi Operasi Bersepadu Kilang 2023.

Menurutnya, empat premis diarahkan tutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana terdapat kehadiran najis tikus serta berada dalamtahap kebersihan tidak memuaskan.

Beliau berkata, empat premis itu adalah antara 13 premis telah
diperiksa dan JKNM telah mengeluarkan 15 kompaun bernilai RM35,200.

“Operasi ini memfokuskan kepada kilang makanan bagi memastikan semua kilang di negeri ini mematuhi peraturan Akta Makanan 1983.

“Selama dua hari iaitu 31 Julai lalu hingga semalam Operasi dilaksanakan membabitkan 30 anggota penguat kuasa JKN Melaka dari
daerah Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Rusdi berkata, dari Januari sehingga semalam JKNM telah mengambil
tindakan tegas ke atas 61 kilang makanan dengan 37 kompaun telah
dikeluarkan.

Menurutnya, ia membabitkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-
Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang bernilai RM48,400.00 serta lima kilang telah diarahkan tutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 kerana tahap kebersihan tidak memuaskan.

Beliau berkata, 12 premis pengilangan makanan telah dikompaun bernilai RM30,000 atas kesalahan Di Bawah Perkara 9 iaitu premis berkenaan tidak menyediakan atau mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM). – SM

(Visited 45 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button