Nasional

Jumlah mangsa banjir di Johor semakin berkurangan

PERKEMBANGAN terkini seperti mana dilaporkan oleh BERNAMA, jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Johor berkurangan kepada 475 daripada 115 keluarga setakat pagi tadi, berbanding 575 daripada 143 keluarga yang direkodkan malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan berkata, ini berikutan penutupan dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Penerok di Pontian dan SK Tiga Serangkai di Batu Pahat.

“Sehingga kini, daerah Muar masih mencatatkan  jumlah mangsa banjir terbanyak iaitu 197 orang daripada 53 keluarga.

“Ini diikuti Batu Pahat dengan sebanyak 158 orang daripada 34 keluarga dan Pontian 120 orang daripada 28 keluarga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Setakat ini, secara keseluruhan sebanyak sembilan PPS masih beroperasi di tiga daerah berkenaan. – SM

(Visited 402 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button