Nasional

Jualan RAHMAH bergerak Peringkat Kebangsaan telah dilancarkan

REALITI yang tidak dapat dinafikan bahawa kos sara hidup rakyat Malaysia MADANI meningkat dan dalam usaha kerajaan perpaduan yang berterusan sehingga ke saat ini, Program Jualan RAHMAH yang mula-mula diperkenalkan pada awal tahun ini iaitu bulan Januari tidak terhenti.

Malahan Program Jualan RAHMAH berkesinambungan di mana sempena dengan Hari Pengguna Kebangsaan 2023, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama-sama dengan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh telah melepaskan “Flag Off” lori Jualan RAHMAH Bergerak Peringkat Kebangsaan di Piazza, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.

16 lori terlibat dalam Jualan RAHMAH Bergerak di mana sebanyak 1,133 lokasi pula terlibat dengan Jualan RAHMAH di seluruh negara sehingga hari ini.

Untuk rekod, 16 lori terlibat dalam Jualan RAHMAH Bergerak di mana sebanyak 1,133 lokasi pula terlibat dengan Jualan RAHMAH di seluruh negara sehingga hari ini.

Terdapat tiga model Jualan RAHMAH iaitu Dalam Premis, Luar Premis dan #KedaiCariRakyat – Jualan RAHMAH Bergerak.

Sasaran penganjuran Program Jualan RAHMAH ini sudah semestinya meringangkan kos sara hidup warga Malaysia MADANI.

Menerusi program tersebut, ia dapat memberi kesan yang positif dalam usaha kerajaan melalui KPDN untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia MADANI pada hari ini.

Ini dapat dilihat melalui jumlah keseluruhan pengunjung yang hadir pada program-program Jualan RAHMAH.

Lebih kurang 2 juta orang yang hadir dan catatan rekod jualan bagi seluruh negara menerusi Program RAHMAH melebihi RM50 juta.

Apabila kerajaan tampil dengan inisiatif seperti Program RAHMAH bukanlah secara sembrono sebaliknya objektif utama Program Jualan RAHMAH ini ialah juga untuk memberi peluang kepada para pengunjung bagi mendapatkan barangan keperluan asas harian sehingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran setempat.

“la sekali gus dapat membantu meringankan kos sara hidup warga Malaysia MADANI dan seterusnya program ini dapat memberi manfaat kepada golongan yang kurang berkemampuan di negara ini yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup,” ujar Timbalan Menteri KPDN, Fuziah dalam kenyataannya.

Beliau berkata, bagi Jualan RAHMAH Bergerak pula, ia mempunyai kelebihan di mana lori-lori Jualan RAHMAH Bergerak dapat dipastikan sampai secara terus kepada golongan sasar.

LORI-LORI Jualan RAHMAH Bergerak dipastikan sampai secara terus kepada golongan sasar. – GAMBAR FACEBOOK

Jelas beliau, pelaksanaan Program Jualan RAHMAH berkonsepkan “Kedai Cari Rakyat”, ia mampu dilaksanakan di tempat-tempat yang berbeza pada hari yang sama.

“Kaedah atau pendekatan pelaksanaannya ialah di mana lori yang membawa barang-barang keperluan asas harian mampu masuk ke kampung-kampung, kawasan B40 dan PPR serta taman-taman perumahan kos rendah.

“Kemudiannya terus membuat jualan di kawasan tersebut,” katanya.

Menurut Fuziah lagi, sehingga 29 Julai, baru-baru ini, Program Jualan RAHMAH Bergerak sejak ia dilancarkan buat pertama kalinya pada 16 Jun lalu, telah berjaya dilaksanakan di 396 lokasi berbeza di seluruh negara, dari utara, Perlis sehinggalah ke Sabah.

Sehubungan itu, katanya, KPDN mengajak dan menggalakkan lebih ramai lagi pemain-pemain industri sama ada pasar raya, pemborong dan peruncit supaya dapat bersama-sama menjayakan aspirasi ini dalam mengurangkan tekanan terhadap kos sara hidup rakyat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button