
Set Talam Ramadan di Restoran Rasa Rosz Sungguh Istimewa!
Waktu berbuka puasa adalah saat-saat yang dinanti oleh semua orang untuk menjamu selera. Sempena Ramadan ini, Restoran Rasa Rosz IOI City Mall Putrajaya menyediakan tiga pilihan set yang boleh dinikmati bersama pasangan iaitu Set Talam Sawah, Set Talam Ayam Golek dan Set Talam Laut.
Set istimewa Ramadan ini ditawarkan bermula 1 Mac hingga 28 Mac dari jam 5 petang hingga 8 malam. Set Talam Sawah boleh dinikmati pada harga RM88 +, Set Talam Ayam Golek RM58+ dan Set Talam Laut RM68+. Jika anda membeli dua set talam pula, anda bakal mendapat hadiah percuma daripada pihak Restoran Rasa Rosz.
Kata Cef Bob Azran yang berpengalaman lebih 20 tahun sebagai Cef,“Antara hidangan yang terdapat dalam set-set talam ini mengikut set talam pilihan antaranya Set Talam Ayam Golek,Set Talam Udang Harimau Masak Lemak Berempah ataupun Set Talam Daging Bakar Harimau Menangis bersama kerabu mangga, ulam-ulaman, sambal belacan, air asam serta dua jenis sos.
“Bagi setiap set talam, pelanggan juga akan mendapat dua set nasi percuma berserta dua pilihan air iaitu air katira atau jagung. Setiap hidangan ini pelanggan boleh turut dihidangan dengan dua jenis kuih iaiatu Bolognese Samosa dan Popia ayam. Dengan tambahan RM6 lagi anda dapat menikmati pemanis mulut Sea Coconut Longan ataupun Milky Peach.”
Selain set talam, terdapat juga menu pilihan lain untuk berbuka puasa. Antara hidangan yang ditawarkan ialah Chicken Wing Honey bersama sos pilihan sambal ataupun buttermilk, Bao Bao, Lontong Goreng, Satay ayam ataupun daging, popia ayam dan Bolognese Samosa.
Menu lain yang turut ditawarkan Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Beef Bolognese, Spaghetti Basil Pesto, Spaghetti Carbonara Creamy Mushroom, Asam Pedas (ayam/ ikan siakap /ekor), Sup (tulang/ ekor) dan pilihan Gulai Lemak (ayam/ daging).
Restoran Rasa Rosz, AEON Big Wangsa Maju juga menyediakan hidangan menu berbuka puasa pada harga berpatutan. Pada harga set A berharga RM48+, pelanggan boleh memilih hidangan Cucur Kakiage atau popia ayam bersama tiga pilihan menu iaitu Asam Pedas Ayam, Ayam Percik ataupun Gulai Kawah Tulang. Pencuci mulut istimewa Milky Peach atau Sea Cocunut Longan pula dapat dinikmati dengan tambahan RM6 lagi.
Bagi Set B yang berharga RM65+, pelanggan boleh memilih hidangan Cucur Kakiage atau popia ayam bersama tiga pilihan menu iaitu Udang Harimau Masak Lemak Berempah, Gulai Kari Ikan Tenggiri ataupun Daging Bakar Harimau Menangis. Pencuci mulut istimewa Milky Peach atau Sea Cocunut Longan juga dapat dinikmati dengan tambahan RM6.
Selain Set A dan Set B, terdapat juga menu pilihan lain untuk berbuka puasa. Antara hidangan yang ditawarkan ialah Satay (ayam/daging), Chicken Wing Honey bersama sos pilihan sambal ataupun buttermilk, Lontong Goreng, Popia Ayam, Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto, Spaghetti Beef Bolognese, Spaghetti Creamy Carbonara Mushroom, Asam Pedas (ayam/aaging), Sup Tulang dan Gulai Lemak Ayam.
Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.
Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.
Bagi yang ingin membuat tempahan untuk berbuka puasa bersama keluarga, orang tersayang atau rakan-rakan sila hubungi Restoran Rasa Rosz di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur atau hubungi 013-8082772 (call/ whatsapp). Manakala untuk tempahan Restoran Rasa Rosz, lot L3-210, Level East Wing di IOI City Mall Putrajaya bolehlah hubungi 012-8217714.