MahkamahNasional

Jual sijil vaksin palsu: Reman doktor disambung

MAHKAMAH Majistret Marang, Terengganu mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap seorang doktor klinik swasta yang didakwa menjual sijil vaksin Covid-19 palsu disambung dua hari lagi.

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan tahanan reman dilanjutkan sehingga Khamis ini terhadap doktor lelaki berusia 51 tahun itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak polis mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pada Sabtu lalu, doktor yang mendakwa dirinya antivaksin itu ditahan selepas disyaki mengeluarkan sijil suntikan vaksin Covid-19 palsu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati seramai 1,900 individu berurusan dengan klinik berkenaan untuk tujuan vaksinasi namun daripada jumlah itu pihaknya masih menyiasat jumlah sebenar individu yang mendapat sijil vaksinasi palsu.

Doktor berkenaan dipercayai mengenakan bayaran antara RM400 hingga RM600 kepada individu yang berhasrat mendapatkan sijil vaksinasi tanpa melakukan suntikan sebenar. – SM

(Visited 285 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button