Travel

Jom berbuka puasa di atas Kapal Mendam Berahi

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 30 Mac – Ingin rasai pengalaman unik berbuka puasa di atas kapal sambil menikmati suasana kedamaian
sungai Melaka?

Untuk merasai pengalaman itu, Arang Cafe Kampung Hulu dan Perbadanan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM)
menawarkan pakej Iftar kapal Mendam Berahi bermula 9 hingga 30 April ini.

Satu kelainan baru diperkenalkan bagi membolehkan orang ramai merasai sendiri pengalaman berbuka puasa
di atas kapal Mendam Berahi sambil menyusuri Sungai Melaka selama lebih 45 minit.

Pemilik Arang Cafe, Asfa Danny berkata, orang ramai khusus dari luar Melaka boleh merasai keunikan tersebut apabila negara negara memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini.

Seperti tahun lalu katanya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan rentas negeri tidak
dibenarkan menyebabkan pakej Iftar di atas kapal milik PPSPM itu kurang mendapat sambutan.

Kali ini jelasnya, beliau mengharapkan Iftar apabila umat Islam menjalani ibadah puasa Ahad ini akan
memberi peluang bagi orang ramai mengalami satu keunikan berbuka puasa di atas kapal sambil menyusuri
Sungai Melaka.

“Tahun lalu banyak sangat halangan saya hadapi menyebabkan program Iftar yang diperkenalkan dengan
kerjasama PPSPM tidak dapat beroperasi sepenuhnya walaupun mendapat sambutan dan pertanyaan daripada orang ramai yang ingin merasai keunikan tersebut.

“Ramadan tahun ini saya teruskan program Iftar di atas kapal milik PPSM dan melihat potensinya lebih baik
berbanding tahun lalu setelah negara bakal memasuki Fasa Peralihan Endemik 1 April ini.

“Iftar kali ini kami tawarkan pakej yang lebih murah iaitu dengan hanya membayar RM640 untuk satu meja
memuatkan lima atau enam orang,” ujarnya dalam sidang akhbar selepas pelancaran program itu di Kampung
Hulu, semalam.

Asfa berkata, bagi yang berminat untuk mengambil pakej penuh 30 orang harga yang ditawarkan adalah
sebanyak RM3,840.

Beliau berkata, menu makanan yang ditawarkan untuk berbuka puasa ialah ikan siakap bakal sambal dan tiga
rasa, sotong goreng tepong, udang butter, kailan ikan masin, nasi lemak dan telur dadar.

Selain itu katanya, minuman yang ditawarkan ialah jus buah, khatira shaved ice, air mineral dan pelbagai jenis kuih-muih.

“Pelanggan akan dibawa menaiki kapal Mendam Berahi lalu menyusuri Sungai Melaka dari jeti Arang Cafe di
Kampung Hulu hingga ke muaranya di hadapan Kapal Samudera serta berlabuh di situ untuk berbuka puasa,”
ujarnya.

Jelasnya lagi, sepanjang berada di kapal tersebut pelanggan akan diiringi persembahan Ghazal dan akustik pemuzik tempatan.

Beliau berkata, bagi menempah menu boleh melayari https://ckhmelaka.orderla.my/iftar dan sebarang
pertanyaan boleh menghubungi Asfa di talian 011-55004310, Dima (012-3961179) dan Wan 010-3647213.

 

(Visited 881 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button