Nasional
Johari Ghani lawat lokasi kebakaran Pasar Datuk Keramat
BEKAS Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah meninjau lokasi kebakaran di Pasar Datuk Keramat sebaik selepas berlaku kebakaran petang semalam.
Kebakaran itu memusnahkan satu deretan gerai melibatkan 40 buah gerai.
Bagaimanapun tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.
Turut mengiringi Johari ialah Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Datuk Keramat. Mohamed Tarmizi.