Luar Negara

Joe Biden Kongsi Kisah Pernah Hidapi Kanser Kulit Gara-Gara Terdedah Kepada Kilang Minyak

PRESIDEN Amerika, Joe Biden berkongsi cerita bahawa beliau pernah menghidap kanser kulit semasa membesar di Delaware, Amerika Syarikat.

Kata Biden, Delaware terkenal sebagai sebuah kawasan yang banyak berdirinya kilang pembuatan minyak dan beliau pernah menjadi mangsa pencemaran.

“Disebabkan banyak kilang pembuatan minyak didirkan, Delaware menjadi salah satu lokasi yang sangat tinggi risiko bagi penduduknya untuk terkena kanser kulit.

“Buktinya, bukan hanya saya dan penduduk lain pernah menjadi mangsa pencemaran ini malah Daleware mencatatkan kadar pesakit kanser tertinggi di AS,” katanya.

Biden berkata demikian ketika berucap tentang isu perubahan iklim yang sedang melanda beberapa buah negara.


Berikutan permasalahan itu, Agensi Anadolu telah mengeluarkan laporan bahawa syarikat minyak itu perlu bertanggungjawab terhadap pencemaran yang berleluasa di kawasan berkenaan.

Dalam masa sama, Biden berpendapat dunia perlu beralih kepada sumber yang lebih mesra alam berbanding bahan api fosil yang berisiko.

Terdahulu pada November, Rumah Putih AS mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Biden telah sembuh dari penyakit kanser kulit dan tidak perlu menjalani rawatan susulan lagi. – SM

(Visited 31 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button