Ekonomi

RTS Link Johor-Singapura mampu atur perjalanan 10,000 pengguna dalam masa sejam

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini berkenan melawat tapak projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link di Terminal Woodlands North, Singapura.

Projek RTS Link bukan sahaja dijangka mampu memuatkan sehingga 10,000 penumpang dalam tempoh satu jam malah memberikan pelbagai kemudahan.

Selain direka dengan masa perjalanan antara kedua-dua stesen adalah kira-kira lima minit sahaja, ia memudahkan rakyat Malaysia di Singapura menguruskan perjalanan pergi dan balik.

Sempena lawatan itu, baginda turut berkenan meninjau status semasa pembinaan dan projek RTS Link ini dijangka siap sepenuhnya pada 2026.

RTS Link melibatkan perjalanan empat kilometer antara perhentian Singapura di stesen Woodlands North dan perhentian Malaysia di stesen Bukit Chagar, Johor Bahru.

Ia dibina dengan jambatan pada ketinggian 25 meter merentasi Selat Johor dan bersambung ke terowong bawah tanah menuju ke stesen RTS Link Woodlands North.

Lebih menarik, RTS Link turut menyediakan beberapa kemudahan seperti kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) yang akan ditempatkan di stesen Woodlands North dan Bukit Chagar.

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button