Nasional

Jenaka Tajuddin tidak peka terhadap mangsa LRT – Haniff

SIDANG media yang diadakan oleh Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semalam menunjukkan Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd itu seolah-olah tidak peka dengan trauma dan kesedihan yang dialami mangsa.

Mengikut Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, tingkah laku Tajuddin dalam sidang akhbar berdurasi 21 minit dan 25 saat itu juga menunjukkan beliau tidak dibekalkan dengan fakta dan informasi mengenai kejadian.

“Ketiadaan pengetahuan pada diri Tajuddin Abdul Rahman berhubung fakta latar belakang kejadian serta perangkaan atau angka-angka berkaitan kemalangan itu sehinggakan Tajuddin Abdul Rahman seringkali perlu diperbetulkan oleh pegawai-pegawai Prasarana yang mengiringi beliau sepanjang sidang media itu!.

“Ketidakpekaan kepada ketragikan kemalangan itu diminda Tajuddin Abdul Rahman dan trauma serta kesedihan yang dialami dan dilalui oleh para penumpang dan mangsa serta ahli keluarga mereka, sehinggakan Tajuddin Abdul Rahman tanpa sedikit pun rasa kekesalan dan kesedihan boleh mengeluarkan ayat-ayat dan perkataan-perkataan berbentuk jenaka yang biadab,” katanya.

Menurutnya, antara jenaka yang cuba dibuat oleh Haniff termasuk mengenai istilah ventilator dan ventilation yang merujuk keadaan kecederaan penumpang yang memerlukan bantuan alat pernafasan.


Dia juga seperti berjenaka apabila mengungkapkan ayat ‘the cars were kissing’ dalam merujuk kepada kedudukan kedua-dua tren dalam kemalangan itu.

Tajuddin juga didakwa sebagai dangkal apabila menjawab ‘fist thing in the morning’ kepada soalan wartawan yang bertanya mengapa tidak hadir ke tempat insiden sejurus kemalangan berlaku.

“Selepas selesainya sidang media itu, bertanyalkan sekali lagi kepada seorang pemberita “Where are you from?” dan menambah “No wonder … ” apabila pemberita itu menjawab “China Press”, yang merupakan satu respons yang perlekeh dan biadab yang tidak wajar diungkap oleh Tajuddin Abdul Rahman dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Prasarana sama sekali,” kata Haniff.

Haniff berkata, rakyat tidak boleh menerima kenyataan ataupun pendapat dangkal tersebut.

Beliau menegaskan jika Tajuddin tidak meletakkan jawatan Perdana Menteri wajar memecat beliau daripada jawatan pengerusi Prasarana.-SM

(Visited 203 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button