Politik

Jemaah menteri Kabinet PM-9 ada 21 bulan sebelum PRU15

BARISAN jemaah menteri kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini dilihat mempunyai jangka hayat selama 21 bulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Begitu pengamatan yang dilakukan oleh Presiden parti PUTRA, Datuk Dr. Ibrahim Ali dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau berkata, pembentukan dan pengumuman barisan Kabinet oleh Ismail Sabri, terdiri dari muka-muka lama yang dibentuk ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8.

“Tidak ramai muka-muka baharu kecuali empat ke lima orang yang juga merupakan bekas-bekas menteri sebelum ini. Dalam kata lain tidak ada kejutan besar dan ia adalah pasukan lama,” kata Ibrahim.

Beliau berkata, walau apapun, sama-sama kita berharap Kabinet PM ke-9 ini dapat memenuhi aspirasi rakyat terutama menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Kata Ibrahim lagi, perkara pokok ialah penyampian hasil yang boleh dirasai oleh rakyat Malaysia.

“Selalunya dasar dan pengucapan cukup indah. Retorik yang cukup sedap didengar tetapi akhirnya, menang sorak kampung tergadai juga. Ibarat kata, ayam berkokok hari tak siang,” kias Ibrahim yang membawa maksud yang cukup dalam.

Tambah beliau, kelemahan yang selalu berlaku dalam sejarah kepimpinan pembangunan dan pengurusan Kerajaan Malaysia dahulu, kini dan tidak pasti Kabinet  PM ke-9 ini ialah perlaksanaan dasar dan mesti berkesan.

“Dasar dan ucapan retorik itu baik namun pelaksanaan dikhuatiri lebur dan menjadi indah khabar dari rupa.

“Ia disebabkan oleh rasuah, ketirisan, penyalahgunaan kuasa, nepotism dan kronism serta pembaziran dan pilih kasih yang sering disebut rakyat,” jelas Ibrahim.

Jangan jadi seperti cakap tak serupa bikin, kata Ibrahim kerana kepimpinan tidak boleh menjadi tauladan kepada rakyat. – SM

(Visited 205 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button