Politik

Jelajah Perpaduan MADANI Pulau Pinang berakhir di Dataran Guar Perahu

MENGAKHIRI Jelajah Perpaduan MADANI Pulau Pinang malam tadi, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berada di Dataran Guar Perahu, Permatang Pauh.

“Saya salut semangat luar biasa warga Permatang Pauh bagi mendepani Pilihan Raya Negeri kali ini.

“Episod duka yang berlaku di kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum lalu harus kita lupakan dan kita bina semula kekuatan baru bersama rakyat,” katanya dalam catatan di akaun Facebook.

Perdana Menteri Anwar berkata, warga Permatang Pauh dan sekitar harus berubah dan beri mandat jelas pada PH-BN bagi meneruskan usaha baik buat rakyat.

“Percayalah bahawa hanya gabungan perpaduan ini yang benar-benar memahami serta serius terhadap setiap permasalahan yang merundung rakyat di negara ini.

“Bersama kita padukan tekad dan dukung Kerajaan Perpaduan!,” katanya. – SM

BACA Kestabilan politik tingkatkan imej Malaysia di persada dunia

BACA Jelajah Perpaduan Madani pentas pencerahan mengenai Felda

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button