Nasional

Jasa Tun Abdullah akan terus dikenang oleh rakyat – Anwar

JASA Perdana Menteri Ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi akan terus dikenang oleh rakyat secara keseluruhannya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, allahyarham yang meninggal dunia semalam di Institut Jantung Negara (IJN) adalah tokoh besar  yang telah mencurahkan sepenuh jiwa dan raga dalam mengemudi negara dengan penuh kebijaksanaan, ketulusan dan nilai-nilai murni.

“Memberikan penghormatan terakhir kepada sahabat dan negarawan ulung, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, di Masjid Negara.

“Usai solat jenazah, saya turut menyertai keluarga besar Allahyarham dalam Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan.

“Allahyarham merupakan tokoh besar yang telah mencurahkan sepenuh jiwa dan raga dalam mengemudi negara dengan penuh kebijaksanaan, ketulusan dan nilai-nilai murni.

“Sumbangan besar dan jasa Allahyarham kepada negara akan terus dikenang oleh rakyat keseluruhannnya.

“Sekali lagi kepada Tun Jeanne, anakanda Kamaluddin, Nori dan Khairy serta seluruh keluarga Allahyarham, saya dan Azizah ucapkan takziah atas kehilangan ini.

“Semoga ruh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin, diampunkan segala dosanya dan dikurniakan ganjaran syurga atas segala kebajikan yang telah ditabur sepanjang hayat beliau,” katanya dalam hantaran di platform X. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button