KesihatanNasionalPenyakit

Jangkitan Covid-19 turun kepada 3,927 kes, catat 6 kematian

KES harian Covid-19 menurun kepada 3,927 kes semalam berbanding 4,413 kes sehari sebelumnya. Sebanyak enam kematian dilaporkan semalam, termasuk tiga kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), berbanding lapan kematian kelmarin.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu membabitkan 3,913 kes penularan tempatan dan 14 kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,701,140 kes dan 36,009 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 46,506 kes aktif Covid-19, termasuk 52 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 38 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.4% atau 44,843 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 24 orang dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,587 orang atau 3.4% menerima rawatan di hospital.

Seramai 4,949 pesakit dilaporkan sudah sembuh.

Tiga kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya 7,046 kluster, dengan 23 daripadanya masih aktif. – SM

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button