SINDROM menteri takut media bukan perkara baharu. Bagaimanapun dalam situasi maklumat terbuka, sikap sedemikian tidak lagi cocok.
Ada sesetengah menteri memang antimedia dan ada sesetengah menteri memang takut dengan media.
Di Indonesia gara-gara menteri kesihatan yang enggan diwawancara, sebuah stesen televisyen di Indonesia iaitu Metronews telah mewancara kerusi.
Pengacara program Mata Najwa, Najwa Shihab mengadakan wawancara secara monolog dengan Menteri Kesihatan Terawan Agus Putranto.
Dalam program tersebut, Najwa terpaksa menemubual kerusi kosong yang sepatutnya dimiliki oleh Terawan. Terawan enggan menghadiri undangan untuk hadir sebagai panel dalam rancangan Mata Najwa yang dihoskan oleh Najwa Shihab. Oleh kerana Najwa Shihab telah banyak kali mengundang Terawan dan dia tidak pernah hadir, Najwa sengaja dilihat bual bicara dengan kerusi kosong.
Dengan pemandangan seolah-olah Menteri Terawan berada di depannya, Najwa kemudian mengemukakan pelbagai pertanyaan di kerusi kosong di hadapannya.
Wabak ini masih belum reda dan tidak dapat dikendalikan. Oleh itu, kami menjemput Menteri Kesihatan Terawan Agus Putranto. Tentu saja tidak ada tokoh yang lebih tepat untuk berbicara kepada kami dan orang ramai untuk menjelaskan keadaan sebenar dan sejauh mana negara menanganinya.
Memulakan bual bicara tersebut, Najwa dilihat seperti sedang menyindir dalam program tersebut. Malah menurut Najwa, Terawan harus menjadi tokoh yang paling agresif memperjuangkan kepentingan kesihatan demi keselamatan negara.
Selagi kedudukan Menteri Kesihatan masih di tangannya, tanggungjawab tidak dapat dipisahkan dari bahunya.
Dalam bual bicara berkenaan, Najwa Shihab merasakan Menteri Kesihatan sepatutnya mengundurkan diri dari kedudukan mereka kerana mereka merasa telah gagal menangani Covid-19. Malah, Menteri Kesihatan di negara-negara seperti New Zealand, Czech, Poland, Brazil, Chile, Pakistan, Israel dan Kanada yang gagal mengawal pandemik ini turut undur diri.
Pertanyaan saya adalah, adakah negara kita lebih baik menangani masalah Covid-19 ini daripada negara-negara yang Menteri Kesihatannya telah berundur diri?
Orang ramai terus meminta petisyen untuk meminta Terawan berbesar hati untuk secara sukarela melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan. – SM