Nasional
Trending

Jangan panik, kawalan pergerakan bukan perintah berkurung – KPN

PERINTAH kawalan pergerakan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan mulai tengah malam ini bukan perintah berkurung, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Oleh itu katanya, orang ramai tidak perlu panik kerana di sebalik perintah itu, orang ramai masih dibenarkan keluarkan untuk mendapatkan barang-barang keperluan.

“Ini bukan perintah berkurung yang mana boleh menyebabkan orang ramai dikanakan undang-undang sekatan apabila mereka keluar dari rumah.

“Bukan.. Jangan keliru. Pembelian panik tidak sepatutnya berlaku. Pengumum Perdana Menteri cukup jelas. Bukan perintah berkurung.

“Tetapi ramai yang yang keliru dalam tempoh dua minggu akan datang tak boleh keluar rumah.

“Kelmarin telah dijelaskan satu persatu pasar raya boleh dibuka, kedai runcit boleh dibuka, restoran boleh dibiuka cuma tidak boleh duduk makan di situ.

“Cukup jelas orang ramai tidak disekat untuk memberi barangan makanan dan keperluan,” katanya pada sidang akhbar hari ini. – SM

 

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button