Jangan main-main dengan kuasa viral netizen kini abang Grab dapat semula akaun ya
Kini penghantar makanan yang menegur dua orang warganegara Singapura tentang isu kejadian di stesen minyak, Johor, sudah diaktifkan semula dan boleh meneruskan pencarian rezeki untuk sekeluarga.
Menerusi satu posting Facebook rakan Penghantar Grab My, dari syarikat E-Hailing tersebut , pihak mereka memaklumkan yang akaun pengguna TikTok yang dikenali matkibot sudah diaktifkan semula selepas siasatan dibuat.
Menurutnya lagi, akaun penghantar makanan itu tidak disekat namun sebaliknya digantung sementara bagi menunggu siasatan dijalankan.
Dalam masa yang sama, melalui akaun Tiktok matkibot memaklumkan akaun ya sudah dibuka semula dan pihak Grab turut mendapati dia tidak bersalah setelah siasatan dibuat.
Selepas isu yang tular syarikat Grab menyekat akaunya, ramai warganet mengancam untuk memboikot syarikat E-hailing tersebut susulan viral dia menegur warganegara Singapura yang cuba mengisi minyak pada 16 Julai lalu.
Terdahulu, tular satu video kejadian yang membabitkan dua lelaki singapura tidak berpuas hari dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak di Iskandar Puteri, Johor.
Lelaki warga Singapura itu juga bertindak mengeluarkan sejenis peralatan yang dipercayai pengunci stereng dari bonet kereta seolah-olah provokasi.
Namun pergaduhan itu berjaya dileraikan oleh dua anggota polis bantuan, menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Komisioner Rahmat Ariffin, tujuan lelaki tersebut mengisi minyak ke dalam tong itu adalah untuk kegunaan go–kart.
Artikle Berkaitan ;>
Selepas tegur warga Singapura isi minyak, abang grab digantung akaun tidak dapat cari rezeki