fbpx
Hiburan

Jam tangan hadiah Hari Lahir Aishah

BERTUAH dan bersyukur. Begitulah perasaan penyanyi Aishah yang dikelilingi oleh insan-insan yang menyayangi dirinya, berkumpul bagi meraikan sambutan hari lahirnya malam tadi.

Walaupun perasaan dalaman yang dirasai oleh Aishah tidak terucap sepenuhnya namun senyuman dan ekspresinya lebih kuat daripada lontaran kata-kata apabila dikelilingi peminat yang sentiasa mendukung karier seni Aishah.

Cantik mengenakan baju kurung moden berwarna kuning rekaan Daniel Zharif @danielzharifofficial, senyuman manis sentiasa terukir di bibir Aishah sepanjang majlis A Nite of Appreciation bertemakan Glitz and Glam.

Majlis diatur khusus oleh Aishah Fans&Family Club yang diketuai oleh Dr. Nazlin.

Para penaja majlis terdiri daripada @nazrai_hijabpin,
@facesbysah, @pudingraja_cintakasehadawiyah, @sutramayawellness, @janeenez76,
@sweet_treats_lovers, @koresmatic_official dan @cloudworksrecord.


Kejutan untuk Aishah di majlis sambutan ulang tahun kelahirannya malam tadi ialah apabila beliau menerima seutas jam tangan hadiah daripada kelab peminatnya.

Menyaksikan sendiri keakraban Aisah dengan para peminatnya tidak hairanlah kalangan peminat tegar Aishah umpama keluarga.

Kata Aishah, “Mereka ibarat keluarga saya. Rapatnya saya dengan mereka (peminat), setiap hari kami bermesej.

“Mereka akan bertanya khabar dan mengambil berat tentang karier serta persembahan yang saya adakan.”

Malam tadi, selain peminat meraikan hari lahirnya Aishah turut meraikan hari lahir beberapa orang peminatnya.

Umpama majlis timbal balas, majlis malam tadi simple but sweet.

Sebenarnya usia kelab peminat Aishah baharu setahun jagung tetapi bukan itu yang menjadi kayu ukuran.

Aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kelab yang diukur kerana ia bertindak sebagai penyuntik semangat buat Aishah terus berdiri di atas pentas persembahan.

Justeru buat seluruh peminat Aishah tanpa mengira batas sempadan keberadaan anda, pada 18 April ini, buat pertama kalinya Aishah akan mengadakan konsert solonya di Dewan Petronas Filharmonik.

Bermula kelmarin, tiket telah mula dijual dan lebih tiga perempat sudah terjual.

Persembahan Aishah kelak pasti sesuatu yang manis untuk disaksikan kerana vokal Aishah tetap padu.

Alunan suara Aishah walaupun menyanyi tanpa muzik di majlis meraikannya malam tadi umpama teaser kerana permainan ala-ala nyanyi lagu Aishah tapi jangan lupa lirik, secara live, mampu membuat kita yang mendengarnya ternganga mulut.

Jadi Konsert Solo Aishah Philharmonic pada 18 April boleh layari laman sesawang MPO untuk membeli tiket-tiketnya. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button