Belang Bertempat

Jajaran baharu tetap terlaksana, kecuali…

ATAS kertas jajaran baharu bakal terlaksana.
Mengapa aku kata demikian? Mudah sahaja Barisan Nasional (BN) hanya akan menang sekitar 40 kerusi pada pilihan raya kali ini.

Perikatan Nasional (PN) mungkin kurang daripada jumlah itu. Dan Pakatan Harapan (PH) akan menang sekitar 80 kerusi.

BN akan guna alasan tidak cukup kerusi untuk memerintah jika bergabung dengan PN. Jadi pilihan yang ada adalah bergabung dengan PH.

Ketika ini keputusan perhimpunan agung UMNO yang lalu menolak kerjasama dengan Anwar dan DAP sudah tidak relevan.

Pemimpin UMNO tidak akan mahu menjadi pembangkang sekali lagi.

Namun jajaran baharu ini akan gagal jika Anwar Ibrahim kalah di Tambun dan Zahid Hamidi tumpas di Bagan Datuk.

Lebih molek lagi PN menang besar. Dan ini memerlukan satu gelombang besar para pengundi untuk mengundi PN.

Jika itu tidak berlaku maka jajaran baharu akan dibentuk. Perdana Menteri baharu iaitu Anwar akan memastikan kes Zahid dibuang, Najib Razak dibebaskan, kes Lim Guan Eng dibenam dan banyak lagi.

Ketika itu dunia akan mentertawakan negara kita kerana prinsip kedaulatan undang-undang sudah dicampak ke loji najis.

Kita juga akan menyaksikan pergaduhan pemimpin DAP dan UMNO bergaduh di dalam kerajaan.

Jika 22 bulan PH memerintah sudah cukup memeningkan, bersedialah untuk lima tahun diperintah oleh kerajaan caca marba.

Ketika itu juga ramai ahli politik yang kepenatan, begitu juga penganalisis politik yang jujur bersara dan hanya mampu menjadi penonton.

Kita telah melakukan eksperimen pada 2018. Hasilnya negara mempunya tiga kerajaan dan tiga perdana menteri dalam satu penggal.

Negara tidak dapat keluar dari kemelut politik berpanjangan.

Kali ini ayuh kita beri sokongan kepada parti yang jelas agendanya untuk negara dan dipimpin oleh barisan kepimpinan yang berwibawa serta bersih iaitu Perikatan Nasional.

Memang betul pemimpin Bersatu yang menjadi komponen PN juga dari UMNO. Bagaimanapun mereka keluar UMNO kerana tidak mahu bersekongkol dengan rasuah serta salah guna kuasa.

Di dalam PN juga ada Pas yang terdiri para pemimpin yang mempunya latar belakang Islam yang kuat.

Kombinasi ini akan menjadikan negara ini lebih aman dan makmur serta terhindar daripada persengketaan berpanjangan.

 

 

 

(Visited 1,154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button