AgamaNasionalNegeri

JAIPs perlu anjur SUKIPs lebih cemerlang – Raja Muda Perlis

JABATAN Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) yang bakal tuan rumah Kejohanan Sukan Antara Agensi Agama Islam Perlis (SUKIPs) Kali Ke-5 tahun hadapan diharap meningkatkan momentum penganjuran dengan lebih baik agar hubungan antara warga agensi agama Islam terpelihara.

Sama-samalah juga kita pastikan kesihatan penjawat awam khususnya di kalangan warga kerja agensi agama Islam di Perlis sentiasa berada pada tahap terbaik untuk terus memberikan khidmat yang cemerlang kepada ummah, agama, bangsa, negeri dan juga negara.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan Penutup Kejohanan SUKIPs Kali Ke-4 Tahun 2022 di Dewan Banquet, Kompleks Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang baharu di Kangar.

Berangkat sama ke program kesukanan anjuran Yayasan Islam Perlis (YIPs) tahun ini, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Pengarah YIPs, Noorhamizi Mohd Yaacob.

SUKIPs adalah aktiviti sukan bulanan yang disertai oleh semua agensi agama Islam di
Perlis yang dianjurkan secara penggiliran setiap tahun di antara agensi-agensi yang terlibat.

Antara agensi dan organisasi yang mengambil bahagian adalah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis, JAIPs, Jabatan Mufti, Jabatan Kehakiman Syariah, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan YIPs sendiri.

Pada kejohanan yang berlangsung sejak bulan Jun yang lalu, pihak YIPs telah menawarkan beberapa acara sukan baharu yang belum pernah dipertandingkan sebelum ini.

Antaranya ialah sukan dart, petanque, bola tampar pantai, sepak takraw antara regu, larian, serta duathlon.

Dengan pendedahan kepada sukan-sukan baharu ini, tahap penganjuran secara tidak langsung, dirasakan telah meningkat ke satu aras yang lebih tinggi.

Penganjuran SUKIPs juga merupakan platform yang boleh digunakan bagi mencungkil bakat dalam kalangan warga agensi agama Islam di negeri ini.

Raja Muda turut mencadangkan supaya tuan rumah yang seterusnya dapat juga mengadakan aktiviti sokongan selain sukan teras seperti “Fun Run” dan memancing di mana lebih ramai peserta dapat melibatkan diri demi memperkasa lagi semangat ukhuwah di kalangan warga agensi terlibat. – SM

(Visited 67 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button