Rencana

Apa lagi yang anda belum tahu tentang kabinet Anwar?

KABINET yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seperti diharapkan oleh kebanyakan orang iaitu untuk menyelesaikan ekonomi negara yang semakin meruncing.

Ramai yang tidak faham sebelum menyelesaikan masalah ekonomi, perlu distabilkan politik terlebih dahulu.

Lantas apa lagi yang belum diketahui umum disebalik pengumuman kabinet semalam.

1. Pelantikan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz, difahamkan diminta oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.

Zafrul sebelum ini dilantik sebagai menteri kewangan selepas diangkat sebagai senator turut bertanding pada pilihan raya lalu di Kuala Selangor, tetapi tewas.

Pelantikan Zafrul sebagai menteri menyebabkan Datuk Ahmad Maslan terlepas peluang sedangkan beliau menang dalam pilihan raya lalu dan merupakan top 5 pemimpin tertinggi UMNO.

Rasional pelantikan Zafrul ialah berdasarkan prestasi beliau di dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan ia kesinambungan yang diperlukan untuk menyelamatkan ekonomi negara selain Anwar sendiri sebagai menteri kewangan dan Rafizi Ramli sebagai menteri ekonomi.

2. Pelantikan Datuk Seri Fadhilah Yusof sebagai timbalan perdana menteri sangat penting untuk mengikat GPS dengan kerajaan Anwar.

Sebenarnya Fadhilah ialah salah seorang calon perdana menteri yang diperkenan oleh Agong.

Bagaimanapun kedudukan akan menimbulkan masalah soal dominasi politik Sarawak kerana Tan Sri Abang Johari ialah Premier Sarawak.

Situasi yang sama dilihat ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri yang menyebabkan konflik di dalam UMNO, kerana beliau berada ranking ketiga di dalam parti.

Justeru pelantikan Fadhilah sebagai timbalan perdana menteri adalah memastikan beliau tidak membawa sokongan 22 ahli parlimen GPS ke blok lain.

Bersambung….

 

(Visited 340 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button