Politik

Isytihar darurat tetapi tak mampu kawal harga barang

KERAJAAN terus dikritik kerana melaksanakan Perintah Darurat ketika rakyat dilihat berterusan terhimpit dengan tekanan ekonomi.

Ini kerana, harga barang dilihat gagal dikawal oleh kerajaan walaupun mempunyai banyak kuasa di bawah Ordinan Darurat.

Justeru, kelebihan itu sepatutnya digunakan bagi memastikan rakyat menerima bekalan makanan dan bantuan mencukupi terutama apabila kerajaan mengisytihar darurat untuk fokus kepada pandemik Koronavirus (Covid-19).

“Dalam keadaan ekonomi berfungsi hampir sepenuhnya pun kerajaan gagal mengawal harga dan bekalan makanan, bayangkan kalau ekonomi ditutup sekali lagi.

“Jangan terkejut kalau rakyat jelata kebuluran sampai ada yang mati.

“Data dan maklumat kerajaan menunjukkan bahawa yang mati boleh kata semuanya ada masalah kesihatan yang serius.

“Yang mati tentulah mati. Itu ketentuan Tuhan. Takkan yang hidup pula kita nak biarkan mati dengan menutup ekonomi?

“Jangan fikir hal Menteri, Ahli Parlimen dan kakitangan awam sahaja. Parlimen digantung pun mereka tetap dapat gaji.

“Fikir nasib rakyat jelata yang makan gaji dengan swasta, kerja sendiri, pencen swasta dan yang tidak ada sebarang simpanan. Kalau rantaian bekalan disekat, banyak akan kebuluran.”

Demikian kata bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) A. Kadir Jasin dalam hantaran Facebooknya mengulas kuasa kerajaan ketika Proklamasi Darurat.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan penguatkuasaan Perintah Darurat bermula 11 Januari sehingga 1 Ogos ini.

Penguatkuasaan tersebut adalah untuk memberi ruang kepada kerajaan fokus berhadapan krisis kesihatan akibat penularan wabak Covid-19.

Sementara itu, A. Kadir dalam hantaran yang sama mendakwa pendekatan darurat yang diambil oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah berbeza berbanding darurat zaman komunis.

Katanya, dahulu walaupun kerajaan mencatu makanan bagi mengelakkan bekalan sampai kepada puak komunis, namun rakyat tidak dibiarkan kelaparan.

“Saya orang tua. Pernah rasa hidup zaman darurat keselamatan 1948-1960.

“Kerajaan masa itu kawal pergerakan makanan takut jatuh ke tangan pengganas komunis tapi pastikan yang rakyat jelata tidak keputusan makanan atas dasar ‘kenyang perut senang hati’. Itu baru darurat namanya.

“Tetapi kalau Kerajaan PN pada abad ke-21 ini dengan senang hati mengisytiharkan darurat tetapi nak kawal harga minyak masak buatan sendiri pun tak mampu, susahlah rakyat jelata

“Itu belum lagi barang-barang import – gula, kopi, gandum, beras, susu, daging dan macam-macam lagi – dalam keadaan di mana nilai ringgit jatuh walaupun dolar Amerika lemah.

“Jangan seronok pasal berjaya isytihar darurat saja. Fikir apa kesannya kepada rakyat jelata.

“Kalau harga minyak masak keluaran tempatan pun tak nampu dikawal, jangan cakap pasal darurat,” sindirnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button