Hiburan

Isu terkucil, Siti Nurhaliza pun beri semangat pada Nabila Razali

SELEPAS terkucil ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 35, ramai rakan selebriti yang memberi semangat kepada Nabila Razali.

Antara yang turut memberi semangat ialah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Tak mengapa dik, setelah berusaha, kita serahkan semua kepada Allah. Kudrat dan Kemampuan hanya dengan izinNya.

“Adik dah buat yang terbaik,” katanya menerusi komen yang ditinggalkan di akaun Instagram Nabila Razali.

Kalau ikutkan sejarah, Siti Nurhaliza juga pernah mempunyai pengalaman ‘terkucil’ ketika membuat persembahan secara langsung di sebuah majlis anugerah pada 2017.

Seperti yang dialami oleh Nabila, Siti juga ketika itu turut menerima kecaman daripada netizen sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan situasi sebenar.

Selain Siti, ramai lagi rakan selebriti yang turut memberi semangat kepada Nabila antaranya ialah pencipta lagu Peluang Kedua sendiri iaitu Hael Husaini.

Menurut Hael, Nabila adalah contoh inspirasi kepadanya untuk sentiasa bekerja keras dan melakukan yang terbaik.

Nabila juga telah memohon maaf di atas kesilapannya dan memberitahu yang dia telah melakukan yang terbaik. -SM

(Visited 1,036 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button