Isu restu perkahwinan Hannah Delisha, ibu mentua beri kata-kata semangat
SEMALAM timbul isu mengenai perkahwinan Hannah Delisha yang dikatakan tidak mendapat restu daripada ibunya.
Khabar angin itu timbul selepas ibu Hannah sendiri memuat naik puisi di akaun Instagram miliknya berkenaan perkahwinan yang tidak mendapat restu.
Lantas, ramai yang mengaitkan puisi tersebut ditujukan kepada anaknya, iaitu Hannah yang baru melangsungkan perkahwinan bersama Imam Shah.
Namun, Hannah sehingga kini belum lagi memberi kenyataan media atau memuat naik sebarang status baharu di media sosialnya.
Terbaharu, ibu mentua Hannah yang juga pelakon di Singapura, Mariana Yati telah memuat naik status seolah-olah berkenaan dengan kemelut yang dihadapi Hannah.
“SubhanAllah. Allah menentukan segalaNya. Semoga mahligai yang dibina sampai ke Syurga.
“Doaku tidak akan putus menjadi penghalang segala musibah. Allah itu Al-‘Alim.
“Ingat itu Imam & Hannah, teruskan bersabar. Mummy sayang kamu berdua. Semoga Allah melindungimu anak-anakku,” katanya.
Hannah dan Imam sebelum ini mengejutkan ramai pihak selepas memuat naik gambar perkahwinan mereka di laman sosial.
Ramai yang tidak dapat menghidu percintaan mereka yang sebelum ini disorokkan daripada pengetahuan peminat. -SM