Nasional

195,923 individu terima vaksin semalam

SEBANYAK 195,923 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan divaksin, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merekodkan jumlah penerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan 27,500 individu, diikuti Selangor (19,251), Kuala Lumpur (16,887) dan Pahang (16,342).

“Sabah seramai 16,245 orang; Perak (15,881); Johor (15,843); Kelantan (14,185); Kedah (11,638); Terengganu (11,261) dan Negeri Sembilan (8,385).

“Di Pulau Pinang pula 7,781 orang mendapatkan vaksinasi, Melaka (5,365); Perlis (4,158); Putrajaya (2,941) dan Labuan (2,260),” katanya menerusi infografik yang dimuat naik di Twitter dan Facebook, hari ini.

Pada 24 Februari lalu, program imunisasi itu dilancarkan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dr Noor Hisham menjadi antara individu terawal menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19, jenis Pfizer-BioNTech. – BERNAMA

(Visited 59 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button