Jenayah

Isu kartel palsukan tuntutan hilang upaya Perkeso dibawa ke Mahkamah sekali doktor

33 individu termasuk tiga doktor dibawa ke Mahkamah Majistret George Town pagi ini untuk direman bagi bantu siasatan berhubung kartel palsukan tuntutan hilang upaya Perkeso di Pulau Pinang.

Susulan siasatan berhubung kegiatan kartel yang dikatakan terbabit pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Pulau Pinang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata selain tiga doktor dari dau hospital di Seberang Jaya dan Bukit Mertajam, baki yang ditahan turut membabitkan 19 pencarum PERKESO.

Beliau berkata, turut ditahan untuk siasatn berhubung kes sama adalah lapan ejen, pegawai perubatan dan dua ‘runner’ melalui siri serbuan dijalankan SPRM baru-baru ini.

“Kebanyakan pencarum yang ditahan itu bekerja dalam sektor kilang dan pelabuhan di negeri ini dan kami menjangkakan untuk membuat lebih banyak tangkapan ketika siasatan kes itu berjalan.

“Ada antara mereka termasuk doktor akan direman di mahkamah esok, manakala yang lain dibebaskan selepas direkodkan keterangan mereka,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Terdahulu, beliau mengesahkan penahanan tiga doktor membabitkan dua yang bertugas di hospital di Seberang Jaya dan seorang di Bukit Mertajam susulan kes sama.

Dalam pada itu, Azam berkata pihaknya memberi tumpuan terhadap perkara itu selepas pendedahan di Dewan Negara Julai lalu.

“Kami memandang serius perkara itu dan mula meneliti dakwaan dibuat,” katanya.

Julai lalu, media melaporkan Ahli Dewan Negara, Dr R A Lingeshwaran menggesa Kementerian Sumber Manusia menjelaskan dakwaan beberapa doktor yang mengendalikan tuntutan hilang upaya PERKESO digantung, dikaitkan dengan kartel memalsukan permohonan sedemikian.

Beliau dilapor memaklumkan Dewan Negara bahawa mereka digantung sehingga diberitahu kelak selepas PERKESO mendapat tahu mengenai kegiatan itu di sebuah hospital di Pulau Pinang.

Lingeshwaran yang juga bekas Pengarah Hospital Sungai Bakap di Pulau Pinang dilaporkan berkata beliau difahamkan kartel sedang melobi supaya doktor digantung perkhidmatannya itu kembali bertugas di hospital sama.

Beliau turut memberitahu Dewan bahawa terdapat 683 pengeluaran palsu dari 2018 hingga 2022 membabitkan kira-kira RM43 juta dengan 16 darinya melibatkan seorang doktor tertentu yang perkhidmatannya ditamatkan selepas aktivitinya terbongkar.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button