Nasional

Isu IDN: Jaminan Menteri Komunikasi dan Digital tidak meyakinkan

PUTRA sekali lagi mendesak kerajaan mempertimbangkan lagi pelaksanaan Digital IDN dan ditangguhkan dahulu serta dijalankan terlebih dahulu kajian menyeluruh dari semua aspek.

Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali merujuk kepada kenyataan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang memberi jaminan bahawa data peribadi rakyat Malaysia yang bakal dilaksanakan menerusi pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN) adalah selamat seperti laporan Bernama, semalam.

tik tok

“Perlu diingatkan, Fahmi tidak akan menongkat langit memegang jawatan Menteri buat selama-lamanya.

“Sedangkan, setelah pelaksanaan IDN, rakyat akan berhadapan risiko pencerobohan privasi peribadi sepangjang hayat.

“Oleh itu, Saudara Fahmi tidak sepatutnya bertakabbur dengan membuat jaminan sedemikian,” kata Ibrahim atau Tok Him dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata, tiga tahun lalu, Disember 2020, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga telah memberi jaminan bahawa data peribadi rakyat dalam aplikasi MySejahtera adalah selamat.

“Namun pada 23 Februari 2023, Fahmi Fadzil sendiri telah menyebut dalam Dewan Rakyat, “Dipercayai sejumlah besar data peribadi telah dimuat turun”.

“Apakah maknanya jaminan yang diberi oleh Menteri Kanan Keselamatan dan Menteri Komunikasi dan Digital itu?” soal Tok Him dalam kenyataan yang sama.

Dalam kenyataan yang sama semalam, Fahmi telah memberi contoh beberapa negara lain termasuk Singapura yang telah melaksanakan aplikasi IDN.

Persekitaran dan kesiapsediaan Singapura dalam kepenggunaan IT / Aplikasi digital adalah jauh lebih mantap dari kita, kata Tok Him.

“Di Malaysia masih bayak kawasan, bukan sahaja di pendalaman malah dalam kawasan bandar pun tidak mendapat liputan internet dengan baik.

“Singapura adalah negara bandar yang sudah mendapat pengiktirafan antarabangsa status bandaraya pintar.

“Tiada sebuah bandaraya di negara kita yang menerima pengiktirafan sedemikian. Melainkan syok sendiri sahaja!,” ujar Tok Him.

Kata Tok Him lagi, adalah lebih baik Fahmi, Kementerian Komunikasi dan Digital dan agensi lain yang berkaitan selesaikan dahulu kes-kes jenayah siber termasuk “Scamming” yang hari demi hari, menjelma dan berleluasa dalam masyarakat kita.

“Setiap tahun mangsa-mangsa jenayah siber menanggung kerugian terkumpul berjuta-juta Ringgit.

“Saya tidak bermaksud menentang sebarang pemodenan dalam Pentadbiran. Tetapi dalam hal berkaitan keselamatan, kemaslahatan dan privasi peribadi rakyak, Kerajaan hendaklah lebih berhati-hati, teliti dan cermat serta membuat kajian mendalam sebelum melaksakan program-program “in the uncharted water,” katanya.

ANWAR IBRAHIM
PERDANA Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Tok Him berkata, PMX bercakap soal tata kelola dan pentadbiran yang telus berdegar-degar macam langit nak runtuh.

Tapi rupanya budaya yang sama dengan budaya Pengurusan Kerajaan Malaysia sebelum ini. Lain cakap, lain buat, kata Tok Him.

Beliau berkata, belum dikaji dengan teliti, dibincang dengan dihalusi, balik dari Sidang Apex Amerika terus umum projek Digital IDN akan dilaksanakan dengan segera.

“Amboi lajunya. Sabarlah sikit.Macam dunia nak kiamat,” katanya.

Tambah beliau, selalunya apabila hendak dilaksanakan sesuatu projek, diumum semua kajian dibuat, semua okay dan rakyat mendapat faedah.

“Berbuih air liur dari mulut yang buat pengumuman dan jaminan. Apabila dilaksanakan, timbul macam-macam penyelewengan, kerugian dan tuduh menuduh.

“Tidak payah saya senaraikan projek-projek yang bersusun banyaknya yang menimbulkan masaalah.

“Ada yang terpaksa bail out, tambah peruntukan dan macam-macam lagi. Nak muntah saya kalau disenaraikan,” selar Tok Him dalam kenyataan yang sama.

Tok Him berkata, pemimpin Madani ini pun sebelum PRU15 janji macam-macam. Bulan dan Bintang. Itulah janjinya.

“Memalukan. Habuk pun tak ada. MAKA JANJI KERAJAAN MADANI INI KONONNYA ASPEK KESELAMATAN DAN PRIVASI RAKYAT TERJAMIN, CAKAP BOLeH, PERCAYA JANGAN BERDASARKAN REKOD SEBELUM INI,” kata Tok Him. – SM

BACA Kaji sedalam-dalamnya sebelum laksanakan Digital ID

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button