Nasional

Isu berkaitan Filipina dan Sabah diselesai secara diplomatik

Apa sahaja tuntutan dari Filipina ka atas Sabah adalah sesuatu yang tidak berasas dan tidak relevan.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaffar berkenaan kenyataan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Teodoro L. Locsin Jr. yang menyatakan Sabah bukan sebahagian dari Malaysia.

“Malaysia tidak sekali-kali akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas sebahagian atau keseluruhan negeri Sabah.

“Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia dan bukan sebuah wilayah yang dipertikai,” katanya.

BACA> Covid-19: Havana kembali laksana perintah berkurung

Namun menurut Kamaruddin, apa sahaja isu berkenaan hubungan antara Malaysia akan diselesaikan dengan cara yang terbaik.

Jelasnya, begitu juga berkenaan isu-isu antara negara dengan Filipina yang akan dikendalikan dengan cara berhemah dan menggunakan saluran diplomatik.

Kamaruddin berkata demikian dalam satu majlis ramah mesra dan dialog berkaitan hal ehwal antarabangsa di Kota Kinabalu, Sabah semalam yang dihadiri Majlis Belia Sabah.

Majlis tersebut diadakan bagi memberikan pendedahan kepada masyarakat khususnya belia di Sabah berkaitan peranan Wisma Putra khususnya dalam hubungan diplomatik antara negara.

Menerusi majlis tersebut, Kamaruddin turut menegaskan bahawa belia adalah tunjang kepada pembangunan negara dan harus terlibat dalam pelbagai aspek sama ada isu antarabangsa, ekonomi, sosial dan lain-lain.

“Pandangan dan idea belia perlu digunakan sebaik mungkin dalam tindakan kerajaan membuat keputusan agar kesan atas tindakan tersebut memberi manfaat kepada semua peringkat lapisan masyarakat,” katanya.

BACA> Lebih banyak sekolah di Kuala Sanglang akan ditutup

Tambahnya, belia juga boleh memainkan peranan dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat supaya perkara itu dapat difahami dan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan hingga ke peringkat akar umbi. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button