Negeri

Lebih banyak sekolah di Kuala Sanglang akan ditutup

LEBIH banyak sekolah di Daerah Sanglang, Perlis dan kawasan berdekatan  mungkin akan ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) yang dikuatkuasakan sejak malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Rozieana Ahmad berkata, dua sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sanglang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang ditutup selama tujuh hari mulai esok.

“Berkemungkinan lebih banyak lagi sekolah yang terlibat dalam kawasan Covid-19 akan ditutup,” katanya ketika dihubungi BERNAMA, hari ini.

Rozieana yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh berkata, beliau tidak menolak kemungkinan penutupan dua sekolah itu akan berlarutan selama dua minggu.

Katanya,  tindakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis dibuat berdasarkan arahan yang diterima daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihataan Malaysia (KKM) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Semalam, Kerajaan Negera Perlis melaksanakan TEMCO selama 28 hari bermula 10.00 malam tadi di dua buah kampung iaitu Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul.

Perlis sehingga semalam mencatat 30 kes dengan 11 kes baharu daripada Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivangga. – SM

(Visited 372 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button