Ekonomi

iStore iSend Bekerjasama dengan Diolko dalam Sistem Penghantaran E-dagang

Diolko, penyedia perkhidmatan penghantaran perbatuan terakhir (last mile delivery) mampan Malaysia, mengumumkan kerjasama baharu dengan syarikat e-pemenuhan terkemuka iStore iSend.

Kerjasama ini bermatlamat untuk mengurangkan impak alam sekitar penghantaran perbatuan terakhir iStore iSend dengan ketara, sekali gus menawarkan pilihan yang lebih mesra alam di samping mengekalkan piawaian tinggi khidmat penghantaran iStore iSend yang dikenali ramai.

Diolko menghantar bungkusan kepada pengguna, serta mengurangkan kesesakan jalan raya dan penggunaan bahan api dengan menggunakan kapasiti landasan sedia ada Rapid KL.

Rakan penghantar bermotosikal dan van pula akan mengendalikan penghantaran dalam radius 5-10km daripada stesen tren setempat dan pendekatan ini mengurangkan keperluan untuk perjalanan kenderaan secara jarak jauh.

Ketua Pegawai Eksekutif Diolko, Yoann Gueguen berkata, “Kami juga membantu iStore iSend untuk mengukuhkan kelebihan daya saingnya di samping menjajarkan matlamat mampan mereka menggunakan rangkaian tren serta mengurangkan kesesakan trafik.

“Kerjasama ini mewakili anjakan yang besar bagi kedua-dua syarikat dalam menyumbang kepada masa depan sektor logistik yang bersifat mesra alam.”

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button