Nasional

MOCN tingkatkan kesalinghubungan telekomunikasi di kawasan strategik

MENTERI Komunikasi, YB Fahmi Fadzil hari ini melancarkan Garis Panduan Perkongsian Rangkaian dan Infrastruktur Telekomunikasi atau lebih dikenali sebagai 6-Way Multi Operator Core Network (MOCN).

Majlis ini dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama pihak industri telekomunikasi negara.

Sekitar Majlis Pelancaran Garis Panduan Perkongsian Rangkaian dan Infrastruktur Telekomunikasi (6-Way MOCN) di Bukit Putus, Kuala Pilah yang disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil dan turut dihadiri oleh barisan pengurusan kanan syarikat-syarikat telekomunikasi.

Inisiatif MOCN ini bertujuan untuk menetapkan prinsip, proses, dan panduan dalam pelaksanaan perkongsian infrastruktur rangkaian oleh Operator Rangkaian Mudah Alih (MNO). Langkah ini dirancang bagi menggalakkan kerjasama antara operator, mengoptimumkan sumber sedia ada, serta meningkatkan kesalinghubungan, khususnya di tujuh kawasan strategik yang sering menghadapi cabaran liputan, iaitu:

1. Lebuh raya

2. Universiti awam

3. Hospital

4. Kawasan acara

5. Kawasan pelancongan

6. Stadium

7. Penempatan tentera dan polis

Pendekatan Perkongsian Infrastruktur

Garis panduan ini memberi tumpuan kepada dua pendekatan utama:

1. Perkongsian Infrastruktur Pasif

Pendekatan ini melibatkan perkongsian komponen fizikal seperti menara dan tiang tanpa menyentuh komponen elektronik atau rangkaian.

Sekitar Majlis Pelancaran Garis Panduan Perkongsian Rangkaian dan Infrastruktur Telekomunikasi (6-Way MOCN) di Bukit Putus, Kuala Pilah yang disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil dan turut dihadiri oleh barisan pengurusan kanan syarikat-syarikat telekomunikasi.

2. Perkongsian Infrastruktur Aktif

Merangkumi perkongsian komponen elektronik serta pemprosesan isyarat rangkaian yang berfungsi secara aktif untuk menghantar dan memproses isyarat. Kaedah ini membolehkan penggunaan sumber rangkaian yang lebih cekap.

Manfaat kepada Rakyat

MOCN bukan sahaja menawarkan penyelesaian praktikal bagi membantu operator rangkaian memaksimumkan manfaat perkongsian infrastruktur, tetapi juga memberi impak langsung kepada rakyat. Pendekatan ini dijangka meningkatkan kecekapan operasi MNO dan mempercepat penyampaian perkhidmatan 4G yang berkualiti tinggi kepada pengguna di seluruh negara.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button