Negeri

Isteri VIP potong giliran vaksinasi, tiada layanan istimewa

TIADA sesiapapun yangh boleh potong giliran dan diberi layanan istimewa semasa menerima suntikan Covid-19 di Sarawak. Itu jaminan daripada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Unggah Embas hari ini.

Beliau memberi kenyataan demikian ekoran tularnya dalam laman sosial dan portal berita semalam yang memaparkan gambar isteri seorang kenamaan di negeri itu yang didakwa, memotong giliran di laluan Orang Kurang Upaya (OKU) di pusat vaksinasi di Stadium Perpaduan, Kuching.

“Kita harap apa yang berlaku beberapa hari lepas, tidak akan berulang lagi. Pihak pengurusan vaksinasi memberi jaminan kepada saya, tidak akan berlaku lagi.

“Kami memohon maaf di atas isu memotong giliran (barisan) ini,” katanya.

Tambah beliau, sudah ada sistem yang mampu memastikan pergerakan proses vaksinasi dilaksanakan seperti dirancang.

Proses vaksinasi dan aliran di stadium (pusat vaksinasi), katanya, sudah diperbaik selepas beberapa isu dibangkitkan baru-baru ini.

Tambahnya, sistem itu sama sekali berbeza dengan sebelumnya.

“Ia kini tersusun dan teratur dengan papan tanda lebih jelas. Sebelum ini, stadium itu sesak tanpa penjarakan fizikal. Jadi, kita akan bawa sistem baharu ini ke pusat vaksinasi lain di negeri ini, “ katanya. – BERNAMA – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button