Luar Negara

Isteri upah petani miskin dengan bayaran RM52 untuk bunuh suami pemabuk

Seorang wanita bergelar isteri di Chiang Mai, Thailand telah mengupah seorang petani miskin dengan bayaran 400 bath (RM52) bagi membunuh suaminya, Phetchaburapa Meesri, yang pemabuk.

Menurut portal The Thaiger, Phetchaburapa Meesri dikatakan bukan sahaja menjadi seorang ‘kaki mabuk’ sepanjang 20 tahun perkahwinan mereka malah sering mendera isterinya, Kanda Cheewasawat.

Kanda Cheewasawat, 46, yang berasal dari perkampungan Khun Yuam dikatakan berbuat demikian kerana sudah tidak tahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Disebabkan sukar untuk mencari pembunuh upahan, Kanda Cheewasawat menawarkan kerja itu kepada Joma Ae yang merupakan petani miskin dari Myanmar dan misi pembunuhan berjalan lancar.

Menyedari upah yang ditawarkan tidak cukup, Kanda Cheewasawat sanggup meyakinkan lelaki itu membunuh suaminya dengan menawarkan anak perempuannya sebagai ‘ganjaran’.

Dalam erti kata lain, Joma Ae dapat berkahwin dengan anak perempuan Kanda dan media tempatan Thailand melaporkan mayat Phetchaburapa ditemukan jauh di dalam hutan di wilayah Mae Hong Son.

Difahamkan, Phetchaburapa yang berusia 54 tahun dipukul dengan teruk dengan rotan buluh yang berat dan sewaktu ditemui, keadaannya hampir tidak dapat dikenali. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button