NasionalNegeri

Bangunkan potensi pelajar secara menyeluruh – Raja Muda Perlis

Penglibatan ibu bapa dan masyarakat secara berterusan amat diperlukan bagi membolehkan perkembangan semasa persekolahan anak-anak dapat diikuti sekaligus membantu pengurusan sekolah merencanakan pembangunan aktiviti sekolah secara bersepadu.

Justeru, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) dan masyarakat diharap membantu terutamanya dalam menyediakan aktiviti atau program pembangunan sahsiah murid yang lebih komprehensif atau pembangunan peningkatan prestasi yang lebih tersusun selain daripada pengajaran dan pembelajaran biasa dalam bilik darjah.

Memandangkan sistem pendidikan kini mempunyai fungsi sosial dan ekonomi yang lebih mencabar daripada dahulu, pihak-pihak yang terlibat dalam sektor itu juga perlu memastikan potensi generasi muda secara menyeluruh dan sempurna agar mereka dapat bersaing dalam persekitaran global yang semakin kompetitif.

Demikian dititahkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan sumbangan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui Program Kayuhan Berbasikal MAIPs Peduli di kalangan anak kariah Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Guar Syed Alwi, Kangar baru-baru ini.

Tiga keluarga asnaf terpilih untuk disantuni oleh Raja Muda yang diiringi ketua-ketua jabatan dan agensi Negeri dan Persekutuan.

Ia melibatkan Dali Mat Isa, 66, Din Mat Isa, 89 dan Khatijah Bee Mohamad Yusof, 59.

Masing-masing menerima RM700 setiap seorang, beras fidyah dan juga sekotak bahan makanan mentah daripada MAIPs. – SM

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button